Isnin, 6 Jun 2011

.::KEMUARAN::.

Assalamualaikum
Hai pembaca belog Miera semua..korang ape khabar deyh?
Yeah, pejam celik pejam celik dah masuk minggu kedua cuti sekolah kali nie..
Kejappan je kan?
Biasa lah tuh..
Pape pon, Miera dah tak boleh buang masa lagi..
Projek RC & folio add maths nak kena buat lagi..
Korang bayangkan, add maths pon ada folio beb..!
Yeah...!
Mereng r aku nie, banyak nau yeah nye..haha
Ok korang, pada cuti minggu pertama nie, Miera agak sibuk sikit lah dengan kelas tambahan ape semua, tapi ayah ada gak bawak kiteorang jalan² kat Muar, Johor Darul Takzim. (>﹏<)
Kiteorang pegi Muar bukan ape, dah lama tak karaoke kat Tanjung Agas nun..
Banyak² tempat kat Melaka, kat Tanjung Agas nie lah ada tempat paling besh nak karaoke taw..
Nak tahu kenape? Korang kenalah check out sendiri k?





M U A R


Daerah Muar terletak di barat laut negeri Johor, Malaysia. Daerah Muar terdiri daripada bandar Muar itu sendiri dan juga daerah kecil Tangkak. Muar bersempadan dengan negeri Melaka (Sungai Rambai) di utara, daerah Segamat di timur dan daerah Batu Pahat di selatan.

Daerah Muar berkeluasan 2346.12 km persegi dengan penduduk seramai 328,695 orang (bancian 2000). Perkataan ‘Muar’ dipercayai berasal daripada Muara. Kemungkinan lain ialah ia berasal daripada perkataan hindu iaitu “Muna” dan ‘Ar” yang masing-masing bermaksud Tiga dan Sungai, menggambarkan kewujudan Sungai Muar yang mengalir melalui bandar ini dan juga merupakan sungai terpanjang di Johor.


Sejarah Muar

Muar adalah kaya dengan sejarah tetapi disebabkan ketiadaan catatan sejarah yang sempurna dan bukti-bukti arkeologi, kebanyakan sejarah silam Muar tidak diketahui. Dipercayai sejarah Muar telah bermula lebih awal daripada Empayar Melaka. Pada tahun 1361, terdapat catatan yang menyatakan Muar adalah sebahagian daripada wilayah empayar Majapahit. Catatan lain pula ada menyebut bahawa Parameswara, pengasas empayar Melaka, pernah menubuhkan penempatan di Pagoh, Ulu Muar selepas melarikan diri dari Temasik sebelum menuju ke Melaka. Muar juga adalah tempat terletaknya satu-satunya makam kesultanan Melaka iaitu Sultan Alauddin Riayat Shah 1 (1477-1488). Makam kesultanan Melaka yang lain telah dibinasakan dengan kejam oleh Portugis semasa penaklukan mereka ke atas Melaka. Muar turut memainkan peranan dalam mengekang kemaraan tentera Portugis pada tahun 1511. Bagi menangani serangan armada Portugis, Kubu Bentayan telah dibina oleh Sultan Melaka untuk mematahkan serangan dari arah laut.


Tempat Menarik

Deretan bangunan yang dibina sebelum Perang Dunia II masih mewarnai senibina bandar ini. Bangunan tersebut menempatkan kedai-kedai di sepanjang Jalan Abdullah yang juga dikenali sebagai pusat dagangan Muar. Bangunan warisan yang ulung antara lain adalah Bangunan Sultan Abu Bakar (disiapkan pada 1929) yang menempatkan pejabat-pejabat pentadbiran Daerah Muar dan Bangunan Kastam (disiapkan pada 1909). Umur bangunan-bangunan lama tersebut mudah untuk dikenalpasti kerana tarikh ianya disiapkan (di sekitar tahun 1930an hingga 1950an) tertera di bahagian luar bangunan. Bangunan ini adalah warisan yang amat berharga yang menggambarkan kemakmuran Muar di masa lampau dan menghargai keunikannya akan membuatkan mereka-mereka yang pernah dibesarkan di Muar terkenang kembali kenangan di zaman silam.






































Yeah, jom ramai kita pergi makan mee bandung Muar..



Sekeping gambar diambil dengan penuh keikhlasan
Ia juga membawa seribu makna
M I E R A   E D O R A   M A R S H A L L

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...