Jumaat, 10 Jun 2011

کوچيڠ

Kucing dan Islam

Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda,
 "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah.(binatang perumahan) ,"
[Hadis Riwayat At-Tamidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud & Ibnu Majah].

Diriwayatkan & Ali Bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammmad S.A.W. pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wuduk untukku ke dalam bejana." Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bedana. Namun seekor kucing datang dan menjilati bedana. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwuduk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab,
"Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu bahkan tidak ada najis."





Diriwayatkan dari Dawud Bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika sampai di rumah Aisyah, ternyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memaka sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tesebut dimakan kucing, Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, lalu Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda,
"Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling."
Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW pernah berwuduk dari sisa jilatan kucing. 
 [Hadis riwayat AlBaihaqi, Abdul Al-Razzaq, dan Al-Duruquthni].





Hadis tersebut diriwayatkan dari Malik, Ahmad dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci.
Nabi Muhammad juga pernah memberi gelaran kepada Abdul al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang bereeti "Bapa Kucing" kerana sikapnya yang sangat menyanyangi kucing.




Menurut periwayatan Hadis Nabi di dalam Sahih Bukhari Jilid 3, Buku 40, Nombor 552, menerangkan cerita seorang wanita yang telah terkena cakaran seekor kucing dan bagi menghukum kucing itu, wanita tersebut telah bertindak mengurung kucing dalam sangkar dan tidak memberi kecing tersebut makan dan minum. Maka wanita tersebut dibalas/dihukum oleh Allah dengan buruk atas perbuatannya itu.






Sumber: Wikipedia

Sekeping gambar diambil dengan penuh keikhlasan
Ia juga membawa seribu makna
M I E R A   E D O R A   M A R S H A L L

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...