Assalamualaikum
Hai pembaca yang disayangi, terima qaseh bebanyak sebab setia membaca
belog ku yang dah banyak sangat habuk sebab dah lama tak update.
Hari nie aku nak cakap sikit pasal MELAKA, BANDARAYA ❤ BERSEJARAH
\( ゚ヮ゚)/
\( ゚ヮ゚)/
Macam yang korang tau & baru nak amek tau, aku memang orang Melaka (asli), ibu & ayah aku dua orang Melaka, dua lahir kat Melaka so Melaka nie negeri aku membesar sejak dari dalam perut ibu aku lagi.
Ada orang cakap, orang Melaka nie suka cakap kasar. Ramai yang dok mengadu terutamanya “orang yang tak masak lagi” dengan budaya orang-orang Melaka iaitu melibatkan bahasa orang Melaka. Mereka komplen yang bahasa Melaka ni kasau sangat? Betul ker sampai begitu sekali?
Ada orang cakap, orang Melaka nie suka cakap kasar. Ramai yang dok mengadu terutamanya “orang yang tak masak lagi” dengan budaya orang-orang Melaka iaitu melibatkan bahasa orang Melaka. Mereka komplen yang bahasa Melaka ni kasau sangat? Betul ker sampai begitu sekali?
Sebenarnya beginilah, memang cara orang Melaka jenis
cakap lepas. Laser dan suka beterus terang. Tak cukup dengan itu, kalau
cakap sesama sendiri boleh bikin riuh
satu kampung. Tapi itulah, tak semua orang Melaka jenis macam itu,
tetapi hakikatnya sebahagian besarnya begitulah. Cakap pun main lepas jer, walaubagaimanapun tiada pun yang simpan dalam hati. Habis kat
situ jugak. Orang Melaka ini diakui jenis yang cepat mesra taw.
Macam aku cakap tadi, tak semua orang Melaka jenis yang cakap kasar.
Ada gak “orang Melaka celop” yang tak terpengaruh pun untuk kahau bila
bercakap. Ada juga sesetengah kawasan di Melaka agak slow down sikit .
Tetapi berhati-hati kalau orang Melaka terutamanya melibatkan orang
Bachang jumpa dengan orang Melaka yang tinggal di Pokok Mangga (sebagai
salah satu contoh). Boleh bergaduh dan riuh sekampung dibuatnya. Orang
tua-tua ada kata dahulu..
“Masuk kandang kambing mengembek”
“Masuk kandang rimau kena la mengaum”
Setiap negeri ada keunikan tersendiri baik daripada segi budaya mahupun
bahasanya. Aku jugak merasakan bahasa orang Melaka antara yang paling
menepati tatabahasa bahasa rasmi Malaysia. Tiada yang diubahnya. Selain
tu loghat Melaka juga jujur dan berterus terang serta paling sempoi
tetapi tajam sehinggakan kalau ada yang tak biasa atau tak tahan
mendengarnya, boleh makan hati dibuatnya.
Bagi kami juga bahasa
orang Melaka tak kasar, tetapi mungkin juga cara penyampaiannya dilihat
agak kasar tetapi ia sebenarnya berniat untuk menyindir atau bertujuan
menyakitkan hati rakan mereka (dalam bentuk yang mesra bagiu mereka).
Cuma apabila mereka memberikan pendapat, mereka-mereka ini akan
menyuarakan tanpa was-was. Dan disebabkan kelantangan seperti inilah
orang Melaka dilihat kasar, laser, lagi apa lagi?
Walauapapun, sekasar-kasar orang Melaka pun, hati mereka tetap baik, mudah mesra dan jenis yang tak cakap belakang. Setuju tak?
╮(╯▽╰)╭
╮(╯▽╰)╭
Kadang-kadang kita biasa dengar ayat, “kalau tak kenal maka tak cinta”.
Inilah dia. Jika kita ingin mengenal dan mengetahui rentak bagi
satu-satu masyarakat, kita kena kenal budayanya, bahasanya dan istilah
yang digunakan. Contohnya, yang sekarang aku nak cakap berkenaan istilah & bahasa orang Melaka yang selalu mereka gunakan,
lebih-lebih lagi kalau dah jumpa sama-sama kroni orang Melaka jugak.
Memang alamat riuh lah..
Contoh
bahasa & istilah orang Melaka:~
1. Kensal : Tuala
2. Hawau : Lebih kurang macam perkataan “siot” lah.
3. Kahau : Cakap kasar
4. Godak : Kacau (contoh: "Tolong godakkan air teh dalam jug tu.") Sebut betul-betul GODAK.
5. Lahanat, Lahabau & Sial (Lahanat dan lahabau berasal dari percampuran budaya Arab di Melaka sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka). Contohnya, lakh khabar dan akhirnya menjadi lakhabau. Maknanya tidak dengar khabar. Ayat mudahnya, “Usin lahabau kau, ingat dah mati” (Maksudnya : Usin lama tak dengar khabar atau berita, ingat dah mati).
6. Berboko, barah/baghah, cekik, gadak : Makan
7. Orang Melaka kalau sebut perkataan yang hujungnya berakhir dengan huruf A mesti sesuka dan sesenang hati mereka tukar kepada huruf E kemudian meleret pulak tu. Contohnya : Ko nak pergi mane……..Yele………Ikut suka hati ko le………
8. Satu lagi jikalau sesuatu perkataan itu berakhir dengan huruf "R", maka akan ditukarkan kepada huruf "U". (Contohnya : ular jadi ulau, keluar jadi keluau, pasar jadi pasau).
9. Kepau : Sepah ( contohnya, ko suka betul buat kepau kat dalam bilik aku) Jelas?
10. Kumbah : (contoh ayatnya, "Aku baru aja kemas baju, ko dah kumbah balik!")
11. Dak : Biasa digunakan apabila memanggil nama seseorang. Contohnya : "Kau kenal dak Samad, duk kat belakang rumah dak Leman."
12. Membongkah : kuat makan ( Asyik kerja membongkah jer. Mana ler perut tak naik)
13. Gobok : Almari
14. Membongkang : Tidur yang amat lena.
15. Nau : Longat nau, Besau nau, Kecik nau, jauh nau, tinggi nau. Asaknya daripada perkataan Benar/Benau
16. Melohau : Besar Sangat (Contohnya : Seluar kau besau melohau)
17. Sakau : Mengaut secara haram @ mencuri @ rampas
18. Handau: Kalah @ tewas @ lemah
19. Antu : Kalau di Kampung Seberang Gajah, orang tua-tua kalau nak sebut nama orang tua yang lain depan nama tu mesti ada perkataan “antu”. Contohnya : “antu” Munah duk mane?
20. Lopak : Pencil case
21. Beledi : Baldi
22. Lemari : Almari
23. Lebang : Pemalas
Sebenarnya tak semua pun orang Melaka macam itu. Sesetengah sahaja
sebenarnya. Sebab kadang-kadang nama sahaja orang Melaka, tetapi
disebabkan banyak merantau atas urusan kerja kerja atau pun sambung
belajar di luar Melaka, kemungkinan cara percakapan agak berbeza. Bagi
orang Melaka yang duduk sekitar kawasan Alai, Bachang, Klebang dan Ujung
Pasir. Mereka ini terkenal dengan bahasa Melaka yang boleh tahan
pekatnya. Kena pula orang Melaka yang pure, tiada celop-celop punya.
Kalau kawan mereka dan dah lama tak berkunjung ke rumah. Jangan
terperanjat kalau mereka cakap begini bunyinya :
”Lama tak nampak kau, ingatkan dah mampos!
ƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐ
(Sabar...tu tanda kemesraan sejati orang-orang Melaka yer)
ƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐ
(Sabar...tu tanda kemesraan sejati orang-orang Melaka yer)
P/S : Nampak ucapan dan ayat tu keras dan pedas bukan, tapi itulah
realiti sebahagian bahasa orang Melaka. Istilah & Bahasa Orang
Melaka nampak sahaja “kahau”, tetapi hati orang Melaka baik-baik belaka
sebenarnya.
⎝⏠⏝⏠⎠
Tiada ulasan:
Catat Ulasan