Isnin, 26 Disember 2011

BlackBerry vs iPhone

Assalamualaikum
Entri kali nie nak kupas sikit isu pasal telefon pintar atau dikenali sebagai smartphone.
Cakap pasal smartphone nie, ia dah lama pun jadi trend bebudak zaman sekarang, eah, tak kira muda atau tua ler, bukan budak muda jer, orang tua pun sama gak. Bila cakap je smartphone, dah tentu iPhone & BlackBerry terngiang² kat kepale hotak korang kan? Kedua²nya pun memang best & ada kelebihan + kelemahan masing². Pelik memikirkan, dorang nie dah takde nama lain ke nak letak? Buah pun boleh jadi punca terciptanya smartphone berkenaan. Lepas nie kalau boleh, aku nak suruh rakyat Malaysia cipta smartphone jenama durian pulak yer! (σ`・ω・´) Kedua²nya gak aku dah godeh sampai lebam, mintak² BlackBerry sebab ibu satu²nya orang pertama yang guna BB dalam keluarga aku.
Setelah meneliti kedua²nya, (dasar ayat skema), dah tentu lah aku pilih BlackBerry atau nama tomey dia tuh, BB. Aku tengok BB nie ada banyak sangat funtion sebab tu lah kerajaan Malaysia tak haramkan. (LANGSUNG TAKDE KENA MENGENA). Kalau tak, melepas lah nak guna BB nie. Haha, terima qaseh bebanyak ler kat kerajaan Malaysia!~ (≧v≦)
Aku tengok bebudak yang pakai BB nie bubuh pelbagai jenis, spesis, bentuk, corak, dan yang berkenaan dengannya sebagai baju BB dorang tu. Dasat r! Peh, dah berangan dah nie. Nak kata mahal sangat BB nie, takde lah mahal mane pun kalau nak dibandingkan dengan public phone tepi jalan tu. 
Asek cite pasal BB je, dah dasar suka tu, taip sampai esok pun tak habis! ×__×
Toksah cite banyak, nanti beli ler, baru dapat rasa macam mana sedapnya BB nie kan?
Ok, sekarang kita cite pasal phone nama buah yang kedua nie pulak yer, iaitu iPhone.
iPhone pulak bukannya tak best cuma aku heran, entah skru mane tercabut dalam phone nie sampai tak boleh nak bluetooth dengan phone lain. Ape jadahnya bhai?
Tapi sekarang orang guna smartphone mane main bluetooth nie lagi, semua dah ada masing² punya servis untuk transfer fail kat phone kan sampai mengamuk tuan punya badan, gambar asek kena copy kat laman sosial. Bengong! (Eak'eah, terbelok ke simpang topik lain pulak!)
Aku ada gak dengar cite, iPhone nie kalau dah sekali jatuh, mau korang pun jatuh tergolek sekali nak membikinnya. Jadi, kalau teringin sangat nak guna phone mahal nie, kena lah pandai jaga macam korang jaga hati bf/gf korang yer?*memerli* (¯﹃¯)
Sebenarnya bukan ape, phone ape jenis yang kita guna walaupun cap ayam buatan cina yang tak disembelih pun, yang penting kita nie mesti lah kena pandai jaga! Setakat beli phone mahal sekadar nak menunjuk padahal tak tahu kelebihan dia pun, tak guna gak kan? Tapi itu duit korang, lantak poket korang lah eah nak kosong ke penuh!?! Masing² ada hak untuk memilih sebab ia bukan keperluan, secara jelasnya ia hanya kehendak~!





Jutaan terima qaseh diucapkan kepad penaja smartphones berkenaan kerana sudi meminjamkan phone masing² untuk dieksplotasi oleh ku (◕‿◕)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...