Rabu, 30 Mac 2011

Bahana April Fool~!

Assalamualaikum
*Catatan ku ini hanya sebagai panduan untuk semua umat Islam*
Entri kali nie Miera nak berceramah sikit dengan korang pasal April Fool yang bakal tiba hari Jumaat nie.. Popular betul rupanya guraw senda April Fool nie.. Asal tiba jer tarikh nie, mulalah dalam kepala hotak masing-masing pasang taktik nak mengenakan kengkawan korang yer. Begitulah tiap kali tarikh `keramat` nie tiba. orang kita jadi `sibuk`. Sibuk memikirkan dan merangka strategi untuk mempermainkan orang lain. Suka benar bila melihat mangsa yang terkena gurauan April Fool. Gelagat mangsa yang malu, muka merah padam, cemas atau takot apabila diusik bagai sesuatu yang menghiburkan dan harus ditertawakan.

Sungguh sedih bila melihat orang Islam sendiri turut `gembira` mengamalkan sambutan April Fool nie.
Apa kata luangkan sedikit masa korang baca info nie yaa.
Info tentang bagaimana sejarah April Fool bermula.
Dapat juga menambah ilmu di dada.
Begini kisahnya...


Tragedi berdarah orang Islam

Pada abad ke-8 Masihi, Sepanyol berkembang menjadi sebuah negara Islam yang maju & makmur apabila ditadbir oleh penguasa Islam.
Keadaan ini tidak disenangi oleh golongan kafir yang berjiran dengan SepanyOl. Mereka mahu lihat Islam hancur tetapi kebanyakan usaha mereka untuk menakhluknya gagal.
Akhirnya pihak kafir menemui jalan untuk menghancurkan penduduk Islam di Sepanyol. Caranya mudah.
Dengan melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya untuk memecahkan perpaduan umat Islam. Strategi ini berjaya dan akhirnya sedikit demi sedikit Sepanyol jatuh ke tangan tentera Salib.
Tentera salib amat kejam. Masyarakat awam termasuk wanita dan kanak-kanak dibunuh tanpa perikemanusiaan. Satu demi satu daerah di Sepanyol berjaya ditakhluki sehinggalah tentera ini tiba di wilayah terakhir iaitu Granada.
Penduduk Islam di wilayah ini terpaksa bersembunyi di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Lalu tentera salib membuat satu taktik penipuan.
Mereka mengumumkan penduduk Granada dibenarkan untuk keluar dari penempatan mereka dengan selamat dan dibenarkan menaiki kapal yang telah disediakan untuk keluar daripada Sepanyol.
Percaya dengan apa yang dijanjikan tentera salib, maka ribuan penduduk Islam di wilayah itu keluar dari rumah lalu berkumpul di pelabuhan.
Tentera salib yang bersembunyi lantas membakar keseluruhan penempatan di situ termasuk golongan Islam yang masih terus bersembunyi di dalam rumah.
Ribuan umat Islam yang sudah berkumpul di pelabuhan hanya tergamam tidak dapat berbuat apa-apa bila melihat tentera salib bukan saja membakar kapal yang dijanjikan untuk membawa mereka keluar dari wilayah itu.
Mereka semua terkepung. Lalu tentera salib dengan kejam menyerang dan membunuh kesemua umat Islam di pelabuhan itu termasuklah wanita dan kanak-kanak tanpa belas kasihan.
Yang kedengaran hanyalah gema takbir diiringi jeritan dan tangisan. Tiada seorang pun penduduk Islam yang terselamat. Granada bermandi darah!
Mayat bergelimpangan, laut yang biru bertukar merah. Dan tragedi berdarah ini berlaku pada 1 April tahun 1847 Masihi dan dikenali sebagai `The April Fool Day` oleh golongan Kristian.




M I E R A   E D O R A   M A R S H A L L

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...