Khamis, 10 Februari 2011

Akibat bertindak melulu, diriku punah ranah.

Assalamualaikum

Pada suatu petang Ahad yang nyaman...
Di kala ku keseorangan di rumah sementara ahli keluarga yang lain pergi ke rumah terbuka teman rapat ayah...
Aku duduk di kerusi malas ku sambil pantas menyiapkan sisa baki kerja sekolah yang tertinggal...
Aku leka membuatnya sehingga jam menunjukkan pukul 6 petang..
Lantas,ku mencapai tuala & mandi...
Selepas selesai mandi, tiba² perut ku terasa lapar & aku segera berlari ke dapur...
Di saat perut ku kenyang, ku teringatkan cermin kereta ku yang masih belum diturunkan lagi di saat langit menunjukkan hujan akan turun nanti...
Aku terus menuju ke kereta ku & menghidupkan enjin kereta..
Tiba²,terlintas di fikiran ku untuk membawa kereta secara curi²..
Aku pun segera menekan klas & menukar ke gear mengundur,brek tangan di turunkan & aku menekan minyak secara perlahan-lahan..
Malang tidak berbau, di saat aku mengundurkan kereta tanpa melihat cermin & menukar arah stereng, tiba².......VROOOOOOOOOMM!!!!!!!!!!!!!!!!!
Aku yang berada dalam keadaan panik segera menekan menukar ke gear satu & menekan minyak dengan sekuat hati ku...
Jiran² ku keluar menyaksikan apa yang terjadi kerana bunyi tersebut agak kuat...
Setelah tidak berjaya menggerakkan kereta,aku terus keluar dari kereta & tak mampu membuat apa²...
Rupa²nya tayar kereta ku belah kanan terperosok ke dalam longkang..
Nasib ku agak baik kerana jiran² ku sudi menolong aku mengangkat keluar tayar kereta ku...
Semasa mereka sedang bersusah payah menolong aku, tiba² nasib ku menjadi semakin tak menentu apabila pokok ibu ku tersangkut sewaktu mereka sedang mengangkat kereta...
Prank..!
Bunyi objek pecah kedengaran di samping hiruk pikuk suara jiran² ku...
"Aduh, macam mana aku nak jawab dengan ibu nanti nie..
Dah lah 2 bijik pasu pecah..",bisik hati ku.
Tepat pada pukul 7:30 malam, ahli keluarga ku pun pulang...
Aku berlagak seperti tiada apa² yang berlaku kerana tangan ku masih panas & menggigil akibat kejadian tersebut...
Malam itu, aku tidur dengan hati yang takut & bercampur baur..=.=''


Keesokan harinya, selepas aku selesai menghabiskan segelas air milo, tiba² ibu bertanya kepada ku:
Ibu:Semalam kau bawak keta yer?? Keta masuk longkang eahh. Habes pasu pecah. Ape nak jadi nie??
Miera: A'ah..semalam owg teringin sgt nak riverse, tak sangka lak ley masuk longkang.
Ibu: Kau takyah risau..nanti aku upah orang, dia ajar boleh ko cane nak riverse.. Kau ganti balik pasu ibu eahh!

Dengan segera,ayah terus menghantar ku ke sekolah,bimbang aku akan terus dimarahi oleh ibu..
Petang itu,setelah aku pulang dari sekolah, ayah bawak ibu ke Sungai Rambai untuk membeli pasu yang baru...
Aku berasa lega kerana ayah berjaya mengumpan ibu dari terus memarahi aku...
Kesimpulannya,kita jangan lah bertindak secara melulu tanpa berfikir panjang..& apabila kita hendak melakukan sesuatu,  fikirlah kebaikan & keburukan atas apa yang akan terjadi apabila kita melakukannya..
Macam mana besar sekali pun masalah kita,jangan lah kita mudah berputus asa untuk menyelesaikannya..
Kita hidup di dunia ini hanya sementara & sementara kita masih hidup, sayangilah orang² di sekeliling kita..
Cerita di atas memang benar² berlaku pada Miera pada 6 haribulan yang lalu..
Miera cerita sebab nak bagi contoh kat korang, jangan ikot apa yang Miera buat tuh, bertindak melulu aje tak kira korang ada masalah ke, hape ke...
Yang penting sokongan dari keluarga & rakan² yang menggalakkan kita, itu jer.
& juga berdoa pada yang Maha Berkuasa...






Sekeping gambar diambil dengan penuh keikhlasan
Ia juga membawa seribu makna
M I E R A   E D O R A   M A R S H A L L

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Hehe. Miera, lain kali jgn bertindak melulu. Nnt tunggu dpt lesen. Bwk lah kereta puas puas. Paling penting ! Jgn lupe bwk saye jalan jalan. Huahuahua *Sebok jea kan :DD

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...