Rabu, 19 Januari 2011

Estetika fotografi semakin hilang!

Assalamualaikum
Dalam dunia digital, semua data tidak terkecuali fotografi, ditransformasi dan terurai dalam bentuk kod²  numerik yang menjadi zat virtual yang fleksibel dan rapuh ini. Menjadi satu hal yang normal untuk kita melihat anak² muda era ini menggalas kamera digital SLR kemana saja mereka pergi. Ya, sememangnya kebangkitan era digital memberi kelebihan buat mereka mempelajari ilmu fotografi secara murah dan mudah. Masih terpahat di ingitan betapa susahnya memproses filem di makmal foto. Bermain bersama bahan kimia denga kuantiti cahaya yang minimal,gambar diproses! Di sini ketelitian tukang gambar diuji!Gambar yang gagal diproses dengan baik pasti mengundang hasil yang tidak memuaskan. Namun kebangkitan kamera digital SLR(DSLR) memudahkan proses gambar dihasilkan tanpa perlu membawa gulungan filem,gambar yang diambil  boleh dipadam pada bila² masa jika hal nya tidak memuaskan hati dari sudut pandangan positif perkembangan ini sememangnya dilihat sebagai ssesuatu yang sihat apabila remaja kita mula menjinakkan diri dengan perkara yang berfaedah & tidak lagi hanya melepak. Mereka kini dilihat lebih dekat dengan bidang berkaitan seni fotografi yang menjadi medan buat mengeksprsikan segala emosi yang disifatkan sebagai initial feeling melalui karya fotografi.



Bukan sekadar hobi

Fotografi tidak lagi dilihat sebagai satu hobi yang mahal. Dengan harga yang semakin mampu dimiliki, fotografi juga menjadi side income buat mereka yang menceburkan diri dalam fotografi perkahwinan secara sambilan. Jangan terkejut jika seseorang jurugambar amatur mampu mendapat hasil tidak kurang daripada RM1K untuk bagi satu majlis perkahwinan. Fenomena ini sebenarnya memberi impak kurang senang bagi sesetengah jurugambar  profesional apabila khidmat mereka tidak lagi diperlukan dalam bidang yang sepatutnya mereka kuasai. Ini kerana lambakan jurugambar  amatur yang menawarkan pakej dengan harga yang lebih murah berbanding jurugambar profesional. Bagi mereka kebangkitan era fotografi digital membunuh nilai estetika(seni) fotografi apabila kebanyakkan kita menilai fotografi hanya daripada sudut pandangan luaran. Kita menilai betapa cantik gambar yang mapu dihasilkan oleh individu bukan lagi memandang sisi cerita disebalik gambar yang dihasilkan. Persoalan ini juga dibangkitkan oleh seorang blogger Indonesia, Puti Karina Puar menyatakan,
"Fotografi kini telah menjadi satu trend dan apabila sesuatu perkara itu telah menjadi tren,perkara inilah yang membunuh nilai fotografi."



Dengan bantuan perisian komputer yang semakin mudah dimuat turun beserta lambakan perisian cetak rompak di pasaran gelap, dengan mudah dan murah juga fotografi digital dapat dimanipulasi menjadi satu karya fotografi yang hebat bergantung pada imaginasi jurugambar dan editor foto. Perkara ini tidak memerlukan pakar fotografi yang memerlukan sijil dari institut terkemuka tempatan atau luar negara namun dengan minat dan kepakaran  sendiri semuanya bukan lagi mustahil untuk dilakukan.


NILAI ESTETIKA


Berhubung nilai estetika yang dipersoalkan jurugambar profesional terhadap kualiti fotografi masa kini, bergantung kepada individu. Jurugambar tanpa sijil mungkin boleh mengambil seberapa banyak gambar yang cantik dengan bantuan perisian suntingan foto secara digital namun tidak semua mampu untuk berbicara tentang aspek kreatif, eksploratif dan estetika secara intelettual tentang karya mereka. Perkara inilah yang membezakan di antara jurugambar amatur yang tidak memiliki pendidikan formal dengan jurugambar profesional yang tinggi ilmu fotografinya.


Teknologi tidak akan berhenti. Saban hari akan ada saja kamera digital baru yang akan keluar dengan harga yang semakin mampu dimiliki jadi tidak hairan lah mengapa di sini sana akan ada sahaja yang akan mengusung kamera digital SLR mereka. Terpulang kepada kita bagaimana memanfaatkan penggunaanya. 



Sekeping gambar diambil dengan penuh keikhlasan
Ia juga membawa seribu makna
M I E R A   E D O R A   M A R S H A L L

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...